Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto)

Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto) | Fynn Jamal dan keluarga kini berada di Madinah untuk menunaikan umrah.

Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto)

Sebenarnya, admin suka membaca tulisan-tulisan atau kapsyen daripada Fynn Jamal. Memang aura yang diberikan cukup positif.

suami isteri yang solat bersama-- kekal bersama. . aku baca mana entah. tapi itulah intipatinya. kuncinya adalah fillah. berkasih-sayang dan mencintai-- kerana melihat kasih-sayang dan cinta pasangan kita-- pada الله. . kami masih bertatih. jauh dari lengkap kesempurnaan. itu aku sangat tahu. dan mungkin kerana itu jualah yang membuatkan kami erat bersatu. . kerana siapa lagi yang mahukan kami kalau bukan kami sendiri. sesama kami. . aku pernah ditanya apakah yang aku rasa melihatkan suami tidak linear dalam usaha aku ke arah الله. soalan itu diajukan pada aku di sebuah seminar. aku ingat lagi. yang bertanya duduk di lane kiri pentas. dia bertanya tepat ke dalam mata aku. . hati aku sayu. aku jawab dengan mudah: kalaulah الله tak bantu aku menutup segala aib aku-- pasti tidak ditanya soalan begitu kepada aku. . itulah hakikat dunia. orang melihat pada apa yang terlihatkan. selalu lupa betapa fitrahnya masih terlalu banyak perkara dalam dunia ini yang tersembunyi dan terkaburkan. . itulah yang membimbangkan aku. dalam pada usaha aku hendak menjadi lebih baik, aku risau orang lupa aku manusia biasa yang masih banyak celanya. aku gusar orang lupa ada jauh lebih ramai manusia yang lebih elok-- cuma tak ternampak dek mata. . dan kalau pun benar aku lebih mendahului suami aku dalam balapan ibadah ini-- alangkah ruginya kalau aku meninggalkan dia sedangkan aku mampu bersabar dan menunggu hari dia mendepani aku nanti2. . kalaulah orang2 baik meninggalkan aku di zaman aku alpa dulu-- belum tentu aku adalah aku yang hari ini. masih belum cukup baik, aku tau. tapi insyaAllah everyday is still a battle to be better. . never give up on people. never. macammana hopeless, just dont give people up. abu talib tidak peluk islam walau anak saudaranya adalah utusan الله. tapi rasulullah saw tidak pernah berhenti mencuba. sehingga ke nafas akhir dipujuk bapa saudaranya. . apa yang penting adalah kita. . kita kena NAK ubah diri kita DULU. dan kalau kita pun pelan2 kayuh, takkanlah kita expect orang terus miraculously sama baris dengan kita. . tak adil, namanya. . semua orang ada perangnya sendiri. kalau kita tak mau bantu-- kita jangan pengkes dia punya kaki. . kita sama2, ye?
A photo posted by فصبر جميل (@fynnjamal) on


Selain gemar berkongsi pandangan tentang anak dan keluarga Fynn Jamal juga kerap berkongsi pandangan serta nasihat untuk ke arah kebaikan. Kami kira ini juga satu bentuk dakwah yang dilakukan oleh Fynn Jamal.
Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto)

Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto)

Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto)

Semoga segala urusan Fynn Jamal dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur...AMIN

pasang niat. nangis, kalau rasa. terbitkan cemburu kerana terlalu mahu. cemburu itu bagus-- tapi jangan iri. minta sehabis2 rasa. minta الله panggil. minta dipermudah. minta minta minta. . semua itu percuma. serahkan pada الله utk dilaksana. . jangan risau ilmu tak ada. jangan takut syaitan menghasut. jangan runsing diri tak layak. . sebesar mana dosa engkau, besar lagi الله yang maha kuasa. yang penting minta. . minta minta minta. . buat perjanjian. cakap sama tuhan "jemputlah aku, ya rahman. panggilkan aku. dan aku bersumpah akan cuba sentiasa menjadi diri aku yang lebih elok dari semalam aku". . taubat nasuha. kalau tergelincir semula, taubat kembali. jangan pula disengaja. kita manusia. yang dikira adalah berapa berat kita mencuba. . jadilah dari tak ada. jadilah dari melepas tangan dan merasa "ah aku sudah tak ada harapan. apa2lah sahaja". jangan. jangan biar syaitan berjaya yakinkan engkau sudah tidak ada harga. . berhenti bandingkan keberjayaan orang dalam ibadahnya. mereka orang hebat2. ya. maka cemburulah dan cuba untuk jadi macam mereka. pertandingan bukan dengan manusia semua-- tapi khusus dengan kita yang sebelumnya. . yakin yang الله itu ghaffar dan rahiim. yakin kau layak diselamatkan. yakin. . bukan kau seorang dalam dunia yang berdosa. datang ke mari dan lihatkan aku beri bukti. segenap inci haramain akan kau dengarkan tangisan sunyi yang paling nyaring-- pendosa2 merayu dikasihi ilahi. . pelan2 kayuh. kalau larat, lekas2 sikit. yang penting sehari seinci. jadilah dari tak ada. . salam dari titik bumi yang paling agung; aku-- sesama pendosa.
A photo posted by فصبر جميل (@fynnjamal) on

0 Response to "Perkongsian Fynn Jamal Untuk UMRAH nya Kali Ini Pasti Menginsafkan Anda (7 Foto)"

Post a Comment